Sangat bersesuaian dengan situasi aku skrg...semua dah pesan, jangan beri harapan, jangan layan, jangan suka pun...tak leka, tak juga seronok, i'm just like other human being..need love n to be loved..aku tak minta orang sukakan aku kerana kita tidak berhak menghalang orang dari menyukai kita. Kan? ermm....
Apepun, aku cuma ingin luahkan yang aku tak bermaksud nak sakitkan hati siapa2, lebih2 lagi orang yang menyayangi kita...indah kan perasaan tu? tapi aku tak mampu teruskan andai tak dapat restu, lebih2 lagi dr keluarga tercinta. Wahai cinta, andai mampu aku luahkan segala yang terbuku di dalam hatiku, ingin sekali aku mahu kau tahu cintaku hanya untuk mu...tapi, cintaku pada-Nya lebih dr segala-galanya.
Sangatlah tidak adil kita menghukum seseorang itu hanya kerana pangkat dan harta. Biarlah aku susah dahulu asalkan aku tidak menyusahkan sesiapapun. Aku ingin mengorak langkahku sendiri. Biar bertatih mendaki mencari rezeki asalkan aku puas dengan apa yang aku miliki.
Orang kata, biar jauh mana kita mengejar harta dunia, jangan sesekali lupa mengejar akhirat. Harta boleh dicari...cinta juga begitu...aku tahu.. DIA sudah menentukan jodohku...DIA Maha Mengetahui... Aku seringkali lupa DIA yang sepatutnya aku cinta..Ampunkan Aku, Ya Allah...sesungguhnya aku sangat kesal dengan segala kekhilafanku...... =') Biar aku sedih kerana takut kehilangan cinta-Mu dari hilang cinta manusia yang tidak tahu kesudahannya....

No comments:
Post a Comment